KUMPULAN WANG KEBAJIKAN AM
KOPERASI KAKITANGAN VETERINAR JOHOR BERHAD (J-4-0849)
1.Tujuan
Kumpulan Wang ini diwujudkan bagi
tujuan-tujuan berikut:
a. Untuk memberi sumbangan kepada
anggota-anggota yang kurang keupayaan kewangan;
b. Untuk membolehkan anggota-anggota KOVETJ ini mendapatkan bantuan
kewangan apabila
berlakunya kemalangan, kecederaan parah atau kecelakaan.
c. Untuk membolehkan anggota KOVETJ ini
mendapatkan bantuan kewangan apabila berlaku bencana alam kebakaran, banjir dan
lain-lain mengikut pertimbangan lembaga dari masa ke semasa
2.Penggunaan
Wang-wang yang diterima
untuk Kumpulan Wang ini hendaklah
digunakan bagi tujuan
a. Apabila seseorang anggota terlibat dengan
kemalangan atau kecederaan parah, yang disahkan rawatannya oleh pihak
berkenaan, derma kebajikan am hendaklah diberikan kepadanya tidak
melebihi RM 200.00
b. Apabila
seorang anggota KOVETJ mengalami
kecelakaan akibat bencana alam yang disahkan oleh pihak berkenaan derma
kebajikan am hendaklah diberikan
kepadanya tidak melebihi RM
200.00
c. Meraikan anggota yang akan menunaikan fardu haji
atau bersara dengan sumbangan bernilai RM100.00.
d. Apabila
seorang anggota KOVETJ mendirikan rumahtangga layak untuk diberikan sumbangan
kepadanya tidak melebihi RM 150.00 untuk sekali sahaja.
e. Apabila
seorang anggota KOVETJ dianugerahkan cahayamata layak diberikan diberikan
sumbangan tidak melebihi RM 100.00
sebanyak 2 kali sahaja
f. Apabila anggota atau anak seorang anggota KOVETJ
ditawarkan dan memasuki pusat pengajian tinggi layak diberikan sebagaimana berikut:
i.
Peringkat Diploma dengan kadar bayaran RM 150.00
ii.
Peringkat Ijazah Pertama dengan kadar bayaran RM
250.00
g. Bantuan-bantuan yang lain yang bergantung kepada
kelulusan Lembaga
3.Kelayakan
Seseorang
anggota KOVETJ yang telah menjelaskan fee masuk dan syer minima adalah layak
menerima bantuan daripada Kumpulan Wang
ini .
4.Urusetia
Biro
Keanggotaan dan Kebajikan, KOVETJ
KUMPULAN WANG KHAIRAT KEMATIAN
KOPERASI
KAKITANGAN VETERINAR JOHOR BERHAD (J-4-0849)
1.Tujuan
Kumpulan
Wang ini diwujudkan berikut bagi
tujuan-tujuan berikut :-
a. Untuk sumbangan kepada anggota KOVETJ ;
b. Suami/isteri/ ibu/bapa atau anak kepada anggota
keluarga;
c. Yang telah meninggal dunia.
2.Penggunaan
Apabila
Lembaga memutuskan bantuan layak di keluarkan, nilaian bagi bantuan
a.
Anggota RM500.00
b. Anak
Anggota / Isteri /Suami RM 500.00
c.
Ibu/Bapa Anggota RM 250.00
3.Kelayakan
Seseorang
anggota KOVETJ yang telah menjelaskan fee masuk dan syer minima adalah layak
menerima bantuan daripada Kumpulan Wang
ini .
4.Urusetia
Biro Keanggotaan dan
Kebajikan, KOVETJ
KUMPULAN WANG PREMIUM INSURANS
KOPERASI KAKITANGAN VETERINAR JOHOR BERHAD (J-4-0849)
1.Tujuan
Kumpulan wang ini
diwujudkan bagi tujuan membayar premium Insuran
untuk anggota Kovetj.
2.Penggunaan
Pembiayaan
premiaum Insuran adalah bagi PA Insuran sahaja
a.
Kematian Anggota
b. Hilang
Upaya Kekal Anggota
c.
Khairan Kematian
*nilai munafaat belum ditentukan –
pembelian polisi belum dilakukan
3.Kelayakan
Seseorang
anggota KOVETJ yang telah menjelaskan fee masuk dan syer minima adalah layak
menerima bantuan daripada Kumpulan Wang
ini .
4.Urusetia
Biro Keanggotaan
dan Kebajikan, KOVETJ