Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor telah menjalankan kerjasama dengan "KoVetJ" untuk menganjurkan Majlis Perundingan Industri Unggas Negeri Johor dan Bengkel Pengukuhan Industri Puyuh di Hotel Katerina, Batu Pahat pada 17 - 18 Disember 2012 yang telah dirasmikan oleh Y.B Datuk Hj. Ab. Aziz bin Kaprawi.
Alhamdulillah, majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran peserta seminar seramai 162 orang yang terdiri daripada kakitangan jabatan, pengusaha ayam/ itik/ puyuh dan agensi MOA.