Wednesday, 12 December 2012

PELANCARAN BLOG & 1st ANNIVERSARY "KoVetJ"

Blog 'KoVetJ' (http://koperasiveterinarjohor.blogspot.com) telah dilancarkan oleh Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor iaitu Dr. Kamarudin bin Md. Isa pada 30 November 2012 sempena hari ulangtahun koperasi yang pertama . Harapan kami semoga penyertaan ahli koperasi bertambah ramai dan banyak aktiviti dapat dijalankan untuk menjana ekonomi.
Sambutan ulangtahun 'KoVetJ' juga secara kebetulan telah jatuh pada hari ulangtahun kelahiran anggota kami iaitu Dr. Siti Nur Khadijah binti Md. Yunos dan Siti Rabiatul Hafidah binti Seman.
 
 
 





  
 
 
 
 
 
 
 


 

 
 

Friday, 30 November 2012

MAJLIS TRANSFORMASI MINDA SEMPENA MAAL HIJRAH

Majlis tersebut sedang berlangsung pada hari ini, Jumaat bersamaan 30 November 2012 yang bertempat di Pusat Latihan Teknologi Veterinar Kluang. Majlis telah dimulakan pada pukul 9 pagi tadi dengan Bacaan Yaasin dan Tahlil yang diketuai oleh En. Zamari bin Mohd Amin dan En. Jamil bin Samad.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor iaitu Dr. Kamaruddin bin Md. Isa akan menyampaikan ucapan Tazkirah Transformasi Minda pada pukul 11 pagi nanti. 
















KURSUS WAJIB PENGAUDITAN DAN PERAKAUNAN

'KoVetJ' telah menganjurkan Kursus Wajib Pengauditan dan Perakaunan yang telah diadakan di Hotel Suria City, Johor Bahru pada 20-21 November 2012





KURSUS KEPIMPINAN DAN KEUSAHAWANAN

'KoVetJ' telah mengadakan Kursus Kepimpinan dan Keusahawanan Anjuran Maktab Koperasi Malaysia yang diadakan di di Hotel Prime City, Kluang pada 6 - 8 November 2012.


KURSUS ASAS MEMBANGUNKAN BLOG KOPERASI

'KoVetJ' telah menghantar 2 orang anggota koperasi iaitu Siti Rabiatul Hafidah binti Seman dan Norita binti Daud untuk menghadiri kursus tersebut yang telah dianjurkan oleh Maktab Koperasi Malaysia, Petaling Jaya pada 30 Oktober hingga 1 November 2012.


SEMINAR PEMBANGUNAN INDUSTRI SARANG BURUNG WALIT

'KoVetJ' telah bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor untuk menganjurkan seminar tersebut pada 1 November 2012 yang bertempat di  Kukup Golf Resort, Pontian. Seminar ini telah disertai oleh anggota Jabatan, anggota Koperasi dan pengusaha industri sarang burung walit di Negeri Johor. 




Tuesday, 13 November 2012

SASARAN JANGKA PANJANG


  • Mempunyai pengurusan sendiri 
  • Mempunyai pejabat pentadbiran koperasi 
  • Mempunyai bangunan sendiri
  • Mempunyai kedai koperasi 
  • Mempunyai Klinik Veterinar Koperasi
  • Mempunyai ladang ternakan sendiri
  • Mempunyai harta hak milik koperasi yang bernilai LEBIH RM 1 juta

SASARAN JANGKA PENDEK


  • Akhir tahun 2012 mempunyai 100 orang ahli 
  • Mempunyai syer sebanyak RM 50,000.00 
  • Mengadakan aktiviti hari keluarga ahli koperasi 
  • Memberi pulangan dividen sebanyak 8.5 % pada tahun kedua operasi

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN & YURAN PENGAJIAN (AHLI & ANAK-ANAK AHLI)


  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Bidang Tumpuan) Pengurusan Koperasi   –MKM-UUM 
  • Diploma Pengurusan Koperasi 
  • Diploma Profesional Pengauditan Koperasi e-PJJ (MKM-ICMA) 
  • Sijil Pengurusan Koperasi (Sabah & Sarawak)

YURAN PENGAJIAN IJAZAH
  1. Pemimpin, tenaga kerja, Pegawai Kerajaan yang menyelia koperasi, anggota dan anak  anggota koperasi ---- RM 6,465.00
  2. Individu ---- RM 16,705.00
  3. Pelajar Luar Negara ---- RM 19,905.00

KELEBIHAN MENJADI AHLI


  • Fi masuk sekali seumur hidup
  • Pembahagian keuntungan berdasarkan syer pelaburan
  • Bantuan Pembangunan Koperasi :-
  1. Bantuan Asas (Maksimum RM 30,000.00) 
  2. Bantuan Pengukuhan/Pemantapan (Minimum RM 30,000.00) 
  3. Bantuan Pemodenan Kedai Koperasi (Maksimum RM 50,000.00)

PRINSIP-PRINSIP KOPERASI


  • Keanggotaan sukarela dan terbuka
  • Kawalan demokrasi oleh anggota
  • Penglibatam ekonomi oleh anggota
  • Otonomi dan kebebasan
  • Pendidikan, latihan dan maklumat
  • Kerjasama antara koperasi
  • Mengambil berat terhadap masyarakat

Monday, 12 November 2012

SEJARAH PENUBUHAN KOPERASI KAKITANGAN VETERINAR JOHOR BERHAD (KoVetJ)

  1. September 2011 : Idea penubuhan 'KoVetJ' telah dicadangkan oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor iaitu Dr. Kamarudin Bin Md. Isa
  2. Oktober 2011 : Pembentukan Jawatankuasa Penaja, Perbincangan Bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Penyediaan Undang-Undang Kecil Koperasi dan Perbincangan Bersama SKM.
  3. 17 Oktober 2011 : Majlis penerangan Koperasi kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Mesyuarat Agung Penubuhan dan Permohonan Pendaftaran Koperasi
  4. 30 November 2011 : Pendaftaran Penubuhan 'KoVetJ'
  5. 27 Disember 2011 : Mesyuarat Pertama ALK

Tuesday, 30 October 2012

PENGENALAN KOPERASI


" ORGANISASI MANUSIA BERGABUNG SECARA SUKARELA ATAS KEPENTINGAN BERSAMA, BERUSAHA MENJALANKAN AKTIVITI BAGI MEMPERTINGKAT TARAF SOSIO-EKONOMI "