Tuesday, 18 March 2014

KUMPULAN WANG UNTUK AHLI KOPERASI KOVETJ

KUMPULAN WANG KEBAJIKAN AM 
KOPERASI KAKITANGAN VETERINAR JOHOR BERHAD (J-4-0849)

1.Tujuan
Kumpulan Wang ini diwujudkan bagi tujuan-tujuan berikut:
a. Untuk memberi sumbangan kepada anggota-anggota yang kurang keupayaan kewangan;
b. Untuk membolehkan anggota-anggota KOVETJ ini mendapatkan bantuan kewangan apabila
berlakunya kemalangan, kecederaan parah atau kecelakaan.
c. Untuk membolehkan anggota KOVETJ ini mendapatkan bantuan kewangan apabila berlaku bencana alam kebakaran, banjir dan lain-lain mengikut pertimbangan lembaga dari masa ke semasa

2.Penggunaan
Wang-wang yang diterima untuk Kumpulan Wang ini hendaklah  digunakan bagi  tujuan
a.  Apabila seseorang anggota terlibat dengan kemalangan atau kecederaan parah, yang disahkan rawatannya oleh pihak berkenaan, derma kebajikan am hendaklah diberikan   kepadanya tidak
melebihi RM 200.00
b. Apabila seorang anggota KOVETJ  mengalami kecelakaan akibat bencana alam yang disahkan oleh pihak berkenaan derma kebajikan am hendaklah diberikan   kepadanya tidak melebihi  RM 200.00
c.  Meraikan anggota yang akan menunaikan fardu haji atau bersara dengan sumbangan bernilai RM100.00.
d. Apabila seorang anggota KOVETJ mendirikan rumahtangga layak untuk diberikan sumbangan kepadanya tidak melebihi RM 150.00 untuk sekali sahaja.
e.  Apabila seorang anggota KOVETJ dianugerahkan cahayamata layak diberikan diberikan sumbangan  tidak melebihi RM 100.00 sebanyak 2 kali sahaja
f. Apabila anggota atau anak seorang anggota KOVETJ ditawarkan dan memasuki pusat pengajian tinggi layak diberikan sebagaimana berikut:
 i.      Peringkat Diploma dengan kadar bayaran  RM 150.00
 ii.      Peringkat Ijazah Pertama dengan kadar bayaran RM 250.00
g. Bantuan-bantuan yang lain yang bergantung kepada kelulusan Lembaga

3.Kelayakan
Seseorang anggota KOVETJ yang telah menjelaskan fee masuk dan syer minima adalah layak menerima bantuan  daripada Kumpulan Wang ini .

4.Urusetia
Biro Keanggotaan dan Kebajikan, KOVETJ

KUMPULAN WANG KHAIRAT KEMATIAN 
KOPERASI KAKITANGAN VETERINAR JOHOR BERHAD (J-4-0849)

1.Tujuan
Kumpulan Wang ini diwujudkan berikut  bagi tujuan-tujuan berikut :-
a.  Untuk sumbangan kepada anggota KOVETJ ;
b. Suami/isteri/ ibu/bapa atau anak kepada anggota keluarga;
c. Yang telah meninggal dunia.

2.Penggunaan
Apabila Lembaga memutuskan bantuan layak di keluarkan, nilaian bagi bantuan
a.        Anggota RM500.00
b.       Anak Anggota / Isteri /Suami RM 500.00
c.        Ibu/Bapa Anggota RM 250.00

3.Kelayakan
Seseorang anggota KOVETJ yang telah menjelaskan fee masuk dan syer minima adalah layak menerima bantuan  daripada Kumpulan Wang ini .

4.Urusetia
Biro Keanggotaan dan Kebajikan, KOVETJ

 
KUMPULAN WANG PREMIUM INSURANS 
KOPERASI KAKITANGAN VETERINAR JOHOR BERHAD (J-4-0849)

1.Tujuan
Kumpulan wang ini diwujudkan bagi tujuan membayar premium Insuran  untuk anggota Kovetj.

2.Penggunaan
Pembiayaan premiaum Insuran adalah bagi PA Insuran sahaja
a.        Kematian Anggota
b.       Hilang Upaya Kekal Anggota
c.        Khairan Kematian
*nilai munafaat belum ditentukan – pembelian polisi belum dilakukan

3.Kelayakan

Seseorang anggota KOVETJ yang telah menjelaskan fee masuk dan syer minima adalah layak menerima bantuan  daripada Kumpulan Wang ini .

4.Urusetia

Biro Keanggotaan dan Kebajikan, KOVETJ

Friday, 18 January 2013

MAJLIS PERUNDINGAN INDUSTRI UNGGAS NEGERI JOHOR

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor telah menjalankan kerjasama dengan "KoVetJ" untuk menganjurkan Majlis Perundingan Industri Unggas Negeri Johor dan Bengkel Pengukuhan Industri Puyuh di Hotel Katerina, Batu Pahat pada 17 - 18 Disember 2012 yang telah dirasmikan oleh Y.B Datuk Hj. Ab. Aziz bin Kaprawi.

Alhamdulillah, majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran peserta seminar seramai 162 orang yang terdiri daripada kakitangan jabatan, pengusaha ayam/ itik/ puyuh dan agensi MOA. 













Wednesday, 12 December 2012

PELANCARAN BLOG & 1st ANNIVERSARY "KoVetJ"

Blog 'KoVetJ' (http://koperasiveterinarjohor.blogspot.com) telah dilancarkan oleh Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor iaitu Dr. Kamarudin bin Md. Isa pada 30 November 2012 sempena hari ulangtahun koperasi yang pertama . Harapan kami semoga penyertaan ahli koperasi bertambah ramai dan banyak aktiviti dapat dijalankan untuk menjana ekonomi.
Sambutan ulangtahun 'KoVetJ' juga secara kebetulan telah jatuh pada hari ulangtahun kelahiran anggota kami iaitu Dr. Siti Nur Khadijah binti Md. Yunos dan Siti Rabiatul Hafidah binti Seman.
 
 
 





  
 
 
 
 
 
 
 


 

 
 

Friday, 30 November 2012

MAJLIS TRANSFORMASI MINDA SEMPENA MAAL HIJRAH

Majlis tersebut sedang berlangsung pada hari ini, Jumaat bersamaan 30 November 2012 yang bertempat di Pusat Latihan Teknologi Veterinar Kluang. Majlis telah dimulakan pada pukul 9 pagi tadi dengan Bacaan Yaasin dan Tahlil yang diketuai oleh En. Zamari bin Mohd Amin dan En. Jamil bin Samad.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor iaitu Dr. Kamaruddin bin Md. Isa akan menyampaikan ucapan Tazkirah Transformasi Minda pada pukul 11 pagi nanti. 
















KURSUS WAJIB PENGAUDITAN DAN PERAKAUNAN

'KoVetJ' telah menganjurkan Kursus Wajib Pengauditan dan Perakaunan yang telah diadakan di Hotel Suria City, Johor Bahru pada 20-21 November 2012